Firefox rocks!!!
> > Jodoh Perkahwinan
> > Oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj
> >
> > "Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang
> > perihal jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin.
> > Usianya sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman."
> >
> > Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya.
> > Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
> > jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
> > singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun
> > belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina
> > kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2
> > lewat sembahyang. Allah mendengar.
> >
> > Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
> > lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar
> > seorang diri drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian
> > nanti.
> >
> > Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka,
> > aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2
> > mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
> >
> > Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
> > kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki
> > kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang
> > memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar
> > lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain
> > membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
> >
> > Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
> > mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
> > alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu
> > dan cepat sampai ke tmp yang dituju. Padahal si penunggang motosikal
> > mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar
> > raya.
> >
> > Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
> > Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
> > pasti ada baik buruknya.
> >
> > Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
> > sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
> > samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
> > org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
> >
> > Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
> > berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
> > hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?
> > Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
> > seterusnya jambatan ke neraka?
> >
> > Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
> > mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang
> > sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
> >
> > Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
> > Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
> > belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
> > anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
> > kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
> > melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala
> > cuba mendaki naik.
> >
> > Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
> > Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
> > gelanggang untuk mengukuhkan ima, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga
> > sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan
> > kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
> >
> > Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
> > perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
> > masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
> > lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
> >
> >
> > :: faded to BLACK ::.
> >
> >