131

Feb 23, 2014 23:58

Because I love my mother tongue more than English, so I believe I can write this post in my mother tongue with English here and there. I don't really care if this post make no sense to you, as long as it does make sense to me.

GibberishMalaystartshere.

Dulu. Aku yang dulu macam mana ye orang nye. Sama ke macam aku yang sekarang. Sekarang. Aku yang sekarang molek sangat ke perangai nya? Dulu. Aku yang dulu kalau marah, kalau geram, aku lepaskan kat mana ye? Sekarang. Aku yang sekarang kalau marah, kalau geram, kalau kecewa, celah orang mana aku tabur segala isi hati. Dulu. Percaya aku pada orang takat mana? Membabi butakah seperti sekarang? Sekarang. Katanya percaya orang. Tahap mana percaya kau tu? Kalau betul percaya kenapa banyak umpatan belakang bila timbul banyak tanda tanya dalam benak fikiran kau. Dulu. Perangai buruk. Kalau boleh tak mahu ingat kisah hitam lama. Sekarang. Macam semakin buruk saja. Celah mana kau ubah perangai kau. Kata berubah. Ya, betul berubah. Tapi arah mana? Arah yang baik atau arah yang menyesatkan?

Mohon buka mata luas-luas. Mohon sedar dalam dunia ini banyak lagi benda yang kau tidak tahu. Mohon sedar dalam dunia ini banyak lagi pengalaman yang engkau belum pernah rasa. Mohon sedar, buka mata kepala juga mata hati pada semua benda yang engkau tidak mahu rasa. Letakkan diri kau dalam kasut orang lain. Andai engkau itu mereka, mampukah kau bertahan pada apa yang engkau akan rasa. Betahkah engkau bangun dan terus melangkah andai tersungkur dek kerana kasut yang kau pakai terlalu besar. Mampu kah engkau? Jangan hanya meminta orang lain pakai kasut kecil kau itu. Cuba pakai kasut mereka juga.

Duduk. Renung. Apa bakti kau pada diri dan masyarakat. Apa bakti kau pada diri yang memerlukan juga masyarakat yang mengharap. Jangan hanya jemari pantas menaip meluahkan isi hati. Tapi dalam kepala kosong.

whatadamnlife!, #emotions eruption

Previous post Next post
Up